Selamat Datang ke Weblog Family Hj Sahat

Selamat Datang ke Weblog Family Hj Sahat

Sunday, December 14, 2008

Siri mengimbau kenangan


Gambar ni menunjukkan sumo adik bradik ado....susah nk amik gamba skali sumo ado ni...time ni bgcop n bgcam baru kawen kot...pak&makngah pon ado skali

Di sini kita bermula...

Saturday, December 13, 2008

Jus Qaseh ..cepat-cepat!

JUS QASEH {Adinda & Kekanda}

MAI SEBOTOI !

Untuk pesanan sila hubungi:

Hj Mat Sahat Taha
013-3422223
Pengedar,
Ana Marketing Sdn Bhd

* Harga istimewa untuk Familyhjsahat members!

[ Kod: 120 ] JUS QASEH ADINDA

Minuman kesihatan istimewa dengan ramuan pati kurma, madu, zaitun, tiin, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh, pegaga dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran wanita. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa !

>>Perincian

Harga Sabah/Sarawak : RM 76.90
Harga Semenanjung : RM 71.90

Kuantiti :

[ Kod: 119 ] JUS QASEH KEKANDA

Minuman kesihatan istimewa dengan ramuan madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa !

>>Perincian

Harga Sabah/Sarawak : RM 76.90
Harga Semenanjung : RM 71.90

Kuantiti :
LAWATI www.anaedar.com utk keterangan lanjut.....

Tuesday, November 18, 2008

Sunday, November 16, 2008

Sunday, November 2, 2008

lagi...




rumah bgcah, bglie (dilindung awan), bgcop?

(click image to enlarge)

rumah bgcam, ajun (click image to enlarge)



Wednesday, October 15, 2008






Perodua Myvi SE Facelift 1.3 M/T (Solid) RM49,900.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 M/T (Metallic) RM50,400.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 M/T (Special Metallic) RM50,800.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 A/T (Solid) RM52,900.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 A/T (Metallic) RM53,400.00
Perodua Myvi SE Facelift 1.3 A/T (Special Metallic) RM53,800.00

MARI..MARI..MARI..BOOKING LAH SATU SEKARANG!!

Wednesday, September 17, 2008

Pantun Ghayo

Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

-hanan

Monday, September 8, 2008

Sunday, September 7, 2008

Promosi Hari Rayo

Biskut Mazola

Satu bokeh 50 biji

Harga Rm 10.00 shj murah murah wallaupun harga brg mahal

Rasa memang sodap kalau x sodap buleh pulangkan balik dan jaminan wang dikembalikan

Keluaran KAYODEN COOKIES anak syarikat Kayoden Computer

Nak order sila sms 019 5433722 ataupun email seperti biasa

Perhataran percuma

Along Kodah

(nak cari duti rayo bagi kek anak buah)

Friday, September 5, 2008

mpv

bapo rhogo mpv tu.. bapo bulan buleh dapek ??

...usop sontorian....

MPV Proton

Mari.. mari..mari..sapo nak tompah MPV Proton..



Hikmah bersahur

Disalin dari: Meneladani Shaum Rasulullah
Oleh: Syaikh Salim bin Ied Al Hilali dan Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid

1. Hikmah Sahur
Allah telah mewajibkan kita semua berpuasa sebagaimana Ia telah mewajibkan kepada orang2 sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, seperti dalam firmanNya:
"Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas oarng2 sebelum kamu, agar kamu bertakwa." [Al Baqarah: 183]




Pada awalnya, hukum puasa adalah sama dengan apa yang ditetapkan bagi Ahlul kitab, yaitu tidal makan, minum, dan berhubungan badan setelah tidur (diwaktu malam). Artinya jika salah seorang diantara mereka tidur, maka dia tidak makan sampai malam berikutnya.

Dan setelah di nasakh, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam memerintahkan untuk sahur sebagai upaya untuk membedakan antara puasa kita dgn puasa Ahlul Kitab.
Dari Amr' bin al 'Ash Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Perbedaan antara puasa kita dengan puasa Ahlul kitab terletak pada makan sahur." [1]

2. Keutamaan Sahur
- Sahur adalah berkah
Dari Salman Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Berkah itu terdapat pada 3 hal, jama'ah, sayur, dan makan sahur." [2]

Dari Abu Hurairah Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memberikan berkah melalui sahur dan takaran." [3]

Dari 'Abdullah bin Harits, dari seorang shahabat Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam, dia bercerita: "Aku pernah masuk menemui Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam, sedang beliau tengah sahur seraya berucap: 'Sesungguhnya sahur itu berkah yang diberikan oleh Allah kepada kalian, karenannya janganlah kalian meninggalkannya.' " [4]

Rasulullah menyebut sahur sebagai al ghadaa' al mubaarak (makanan penuh berkah), sebagaimana disebutkan dalam dua hadist al 'irbadh bin Sariyah dan Abu Darda' Radhiallahu'anhumaa: "Mari makan al gadhaa' al mubaarak (makanan penuh berkah) yakni sahur." [5]

- Allah dan para malaikatNya bershalawat kpd org2 yg mkn sahur
Berkah sahur yang paling agung adalah bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah melimpahkan ampunan kepada org2 yang makan sahur serta menuangkan rahmatNya kpd mereka. Malaikat juga memohonkan ampunan bagi mereka seraya berdo'a agar Dia memberikan maaf kepada mereka, agar mereka termasuk org2 yang dibebaskan dari api neraka.

Dari Abu Sa'id Al Kudri Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sahur adalah makanan penuh berkah. Oleh karena itu janganlah kalian meninggalkannya sekalipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air karena sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bershalawat kepada org2 yang makan sahur." [6]

Sebaik2 mkn sahur oarng mukmin adalah kurma, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sebaik2 makan sahur oarng mukmin adalah kurma." [7]

3. Mengakhirkan waktu sahur
Dari Anas Radhiallahu'anhu, dari Zaid bin Tsabit Radhiallahu'anhu, bahwasannya ia pernah berkata: "Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam. Setelah itu beliau langsung berangkat shalat." Kutanyakan: "Berapa lama jarak antara adzan dan sahur?", dia menjawab: "Kira2 sama seperti bacaan 50 ayat." [8]

4. Hukum sahur
Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa hendak berpuasa, maka hendaklah ia makan sahur dengan sasuatu." [9]

Beliau juga bersabda: "Makan sahurlah kalian, karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah." [10]

Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam juga melarang untuk meninggalkannya seperti telah disebutkan pada hadist diatas [6].

Sehingga dapat di rangkum bahwa perintah makan sahur dari Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam ini bersifat penekanan sekaligus anjuran, dilihat dari 3 sisi:
- Hal tsb memang diperintahkan
- Sahur sbg syi'ar puasa kaum Muslimin sekaligus sebagai pembeda puasa mereka dgn puasa pemeluk agama lain
- Larangan untuk meninggalkannya

[1] HR Muslim no. 1096
[2] HR At Tabrani, sanad hadist ini hasan
[3] HR Asy Syirazi, hadist ini hasan
[4] HR An Nasa'i, sanadnya sahih
[5] HR Ahmad, Abu Dawud, dan An Nasa'i, sanadnya shahih
[6]
[7] HR Abu Dawud, Ibnu Majah, An Nasa'i, sanadnya sahih
[8] HR Bukhori dan Muslim
[9] HR Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Ya'la, dan Al Bazzar
[10] HR Bukhori dan Muslim

http://al-futhuhat.blogspot.com

Wan aso meninggal dunia

pagi td tel emak kato ado dibatu 46 ziarah jenazah Wan Aso.Ingat x belakang rumah kito di Bt 46 lu.Den selalu berubek dgn dio bilo domam Arwah akan pocah kan tolo setelah dilalukan kek porut kita..Balik rumah sapu lah tolo yg dipocahkan tu kek badan kito.. X silap den namo eh balan ubek caro tradisional. walaubagaimana pun sama sama lah kito sedekah fatihah pada arwah semuga ditempat kan bersama org org yg solehah.

Thursday, September 4, 2008

poso

laman sini songap..,laman lamo songap..,masing masing tongah kusyuk poso kot !!
mogo poso kito di terimo...

test

testin....

Sunday, August 31, 2008

Program Ramadhan

8:39 mlm: Solat Isyak jemaah di Masjid .Klu selamo ni kito sembahyang di rumah, bulan poso ni kito cubo berjemaah di masjid atau di surau 5 waktu



9:00 mlm: Solat terawih. kalau kito ado tertinggal sembahyang kito wajib Qodo sembahyang kito yg lalu kalau kito x Qodo sembahyang terawih kito x sah.Bnyk tik Guru den dah tanyo berpendapat demikian.maso den mudo dulu byk den tertinggal solat subuh mako kono Qodo sembahyang tersebut disamping buat sunat terawih, Cubo adek adek tanyo tok guru masing2.Apo pendapat mereko.Makno eh kito buek sembahyang Qodo masa kito lapang disamping tu bolah mlm eh kito buek sembahyang terawih .Jgn x Qodo lansung sembahyang yg kito tertinggal dulu.Siapo yg x ponah tinggal sembahyang tu alhamdullillah .

Biaso di Kodah ni 20 rekaat solat terawih .Bagus gak maso kito banyak di masjid



10;30mlm: Morey. Makan ala kadar nanti mengantuk plak nak tadarus Quran



10:45mlm Tadarus Alquran



11:30mlm Rehat dan kalau mengantuk tidur



3.00 pagi; Bangun solat tahajud dan sunat sunat yg lain



5.00 pagi :Sahur jgn tak sahur sobab takut puasa kito menyamai org yahudi dan kristian depa x sahur



5:30: Pi masjid awai kit Qodo sembahyang kito yg tertinggal



5:55pagi Solat Subuh jemaah





6:30;pagi Baco Quran(Azam khatam Quran secepat yg mungkin sari klu buleh 20 muka surat pun jadilah sebulan habis satu Quran



7:40 pagi Solat duha





9.00 pagi Kojo cari makan untuk anak isteri



1:22 potang solat Zuhor berjemaah



2:00 potang Tidoq sat



4:27 potang solat Asar berjemaah



6;30ptg pulai, rehat



7:29: Buko poso klu buleh di masjid minum ayaq yg x dmasak dan korma 3 ketui .Lopeh tu solat jemaah dimasjid



7:50 : Balik rumah pokono nasi. Azam den tahun ni nak borenti merokok dah 2 kali dah cuba tapi kecundang mungkin kali ko 3ni berjayo agak eh klu x berjayo jgn kutok den



8:39 Solat Isyak dan terawih



Dibulan yg mulia ni Along menyeru pd diri Along dan semuo sekali marilah samo samo kito mempertingkatkan amal ibadat kito untuk bawa bekalan apabila kito berjumpo dgn Allah nanti.Takbir!!!





:

Saturday, August 30, 2008

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN YA RAMADHAN

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu disini Along mohon maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna..dan amalan kito diterima oleh s.w.t.amin

Thursday, August 28, 2008

Bersyukur dan terus berjuang

Bersyukur dan teruslah berjuang

Ramai yang masih belum hilang dari perasaan gembira dengan kemenangan DSAI di Permatang Pauh semalam. Maklumlah setelah lama berjuang dan menunggu-nunggu. Berbagai ucapan tahniah dan syabas terpacul di sana-sini. Dalam keghairahan itu walaubagaimanapun tidak banyak yang mengucap syukur ke hadrat Illahi dan mengulangi ketaat-setiaan dan ketundukkan kita kepada Nya.

Saya terus salut pada YB Zul Nordin, yang tidak lekang dari komitmennya terhadap Islam dan tidak pernah berasa segan atau malu atau takut-takut untuk menzahirkannya. Saya petik dari blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/

Maka saya seru diri saya dan sahabat-sahabat semua supaya menginsafi bahawa tidak akan ada kemenangan kecuali dengan bantuan ALLAH. Tetapi perlu kita ingat bahawa kekadang ALLAH memberi sesuatu itu tetapi bertukar menjadi istidraj..iaitu menjauhkan kita dari ALLAH dan kita akan hanyut dalam kealpaan dunia.

Tujuan kemenangan yang diredhoi ALLAH ini adalah supaya kita mengajak dan menyeru manusia kembali tunduk dan taat kepada perintah ALLAH.

Saya berdoa kepada ALLAH moga kemenangan ini memberikan saya kekuatan untuk terus berjuang memartabatkan Islam. Moga ALLAH memberikan saya dan kita semua istiqomah dalam perjuangan ini.

Jangan kita lupa bertasbih dan bertahmid kepada ALLAH. Tentu banyak dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan samada semasa berkempen mahupun sebaliknya. Jadi marilah pohon kepada ALLAH keampunan dan meletakkan kita dalam golongan syuhada dan solihin. Jangan lupa bersujud syukur kepada ALLAH.

Hanya padaMu lah ALLAH kami menyembah dan kepada Mu lah kami pohon pertolongan. Ampunilah kami dan bantulah kami.. Ameen..

Mudah-mudahan Allah swt tidak melupakan kita dengan kemenangan ini, mudah-mudahan perjuangan Islam terus kita junjung dan kita martabatkan. Mudah-mudahan kemenangan kita di dunia ini akan mampu kelak menebus pula kemenangan bagi kita di akhirat yang kekal abadi.

paste dan copy dr Blogger Roslan SMS

Tuesday, August 26, 2008

Pilihanraya bersejarah..

Assalamu'laikum..

Maka berdebar-debarlah seluruh rakyat menunggu keputusan yg bersejarah yg akan diingati dan dikenali sebagai "ibu segala pilihan raya kecil negara ini'.Sehingga artikel ini ditulis difahamkan hampir 70% rakyat permatang pauh keluar mengundi..Walaupun hujan mengiringi proses pilihanraya kali ini..ianya tidak menghalang seluruh warga permatang pauh utk keluar membuang undi..Mungkinkah ini petanda hujan rahmat yg bakal mengubah senario politik seluruh negara dgn DSAI membuat come back setelah hampir 10 tahun dibuang dan dihina sehinanya..Adakah makkal sakti akan terus bergegar di permatang pauh yakni meneruskan gelombang tsunami yg telah menggegarkan 4 buah negeri pd pilihanraya umum ke 12 yg lalu..Walaupun menyedari ianya sekadar impian palsu..puak2 UMNO/BN langsung tidak mengambir iktibar terhadap kekalahan lalu..mereka masih lagi dgn perangai JONGOS yg memalukan..sumpah menyumpah sudah menjadi imej terbaru..malah terus terusan mendendangkan irama2 yg kalau diikutkan sudah lama basi dan lapuk..Akhir sekali dgn rendah diri kita memohon agar Allah SWT memberi petunjuk dan kemudahan kepada DSAI dan secara umum kpd Pakatan Rakyat di dalam menterjemahkan pilihanraya ini kepada kemenangan yang membuka jalan ke PUTRAJAYA..AMIN..

Pak Jun
26 Ogos 2008 5.00 p.m.

Saturday, August 23, 2008

To bgcam

Nak upload gambar/edit, etc: Sila sign in ->layout -> add a gadget -> add image/picture

Friday, August 22, 2008

serai oh serai

Kebelakangan ini banyak pertanyaan mengenai projek tanaman serai aku terima melalui e-mail...kalau nak diikutkan, aku bukan lah pakar sangat dalam projek serai nih....tapi untuk tidak menghampakan rakan2 yang baru nak berkecimpung dalam bidang pertanian ni maka aku bagilah juga sedikit banyak tunjuk ajar secara percuma. Aku berharap ilmu yang aku sampaikan tu dapatlah dikongsi bersama2 rakan lain. Namun kadangkala penat juga kalau selalu2 sangat asyik nak hantar email kepada rakan2 baru. Lagipun kebelakangan agak sibuk sikit menguruskan kebun, jadi kadangkala email pun x sempat nak dibuka...Jadi untuk mempermudahkan rakan2 semua ataupun yang berminat...disini aku berilah sedikit info yg mungkin berguna bagi mereka yang ingin membuat projek penanaman serai ni.

SERAI MAKAN
Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

SERAI WANGI
Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Khasiat dan Kegunaan
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 2 bahan penting dalam industri... Caryophyllene & citronellol
Projek Tanaman Serai

Ok....info diatas tu cuma asas tanaman yang perlu diketahui. Semua sumber tersebut boleh didapati dari website MARDI atau pun Jabatan pertanian. Berbalik kepada projek...Untuk membuat projek tanaman serai ni (sama ada serai wangi atau serai makan) sebenarnya x susah. Maksud nya mudah....anda x perlukan tanah yang besar maupun modal yang besar untuk melakukannya. Tanah seluas 1 ekar dengan modal RM3-4 ribu pun dah cukup bg semusim penanaman. (modal aku dulu dalam RM1500 je untuk seekar semusim).
Perkara asas sebelum memulakan projek..!!
  1. Kesesuaian Tanah - Sepengetahuan aku, serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
  2. Pasaran - Pastikan dulu pasaran. Target pasaran. Untuk apa? Untuk serai makan atau serai wangi. Kalau serai makan, mana nak dipasarkan? Untuk kilang memproses (dijadikan serbuk sebagai contoh ADABI), secara basah...seperti dipasar2 aataupun dikedai2 secara terus. Sebenarnya nak memasarkan serai ni taklah susah sangat...cuma nak rajin bertanya...jangan malu. Pergi sahaja kekedai2 tom yam tu...tanya terus pada pengusaha kedai.... Dipasar pun boleh..cuma peniaga di pasar ni mau 'supply' tak putus je. Jadi untuk projek tu kenalah rancang dengan teliti. Kalau dah dapat kontrak dengan pengilang, pemasaran ni taklah susah sangat. Ataupun buat pertanian kontrak. (contract farming). Rata2 usahawan, (tak semua, segelintir sahaja), bila dah dekat nak harvest baru terkial2 nak cari pasaran...bila tak dapat, macam2 alasan diberi mengenai projek..tak untunglah, info tak betul lah, sampai FAMA pun disalahkan. Kalau dah 'last minute' FAMA pun pening nak tolong carikan market. Bagitau awal2, contohnya 2-3 bulan sebelum harvest.. jadi mudahlah mereka nak rancangkan target pengeluaran serta ruang pasaran untuk kita.
  3. Keluasan tanah - Kalau nak tanam serai ni, seperti mana yang saya sebutkan di atas, kita tak perlukan kawasan yang besar sebenarnya, memadai 1 ekar pun dah cukup...cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, alamat menung la menunggu. Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak... setiap 1-2 bulan, anda akan menuai....taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu... tak ada salahnya.
  4. Ada tanah, tapi dah bertanam/diusahakan dengan buah-buahan (dusun misalnya), atau ladang getah/kelapa sawit. Boleh juga ditanam . Serai juga boleh ditanam secara intergrasi (boleh pakai ke istilah ni?) dengan tanaman lain. Misalnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, sementara musim mangga keluar, aku boleh dapat hasil daripada tanaman sampingan (serai)... antara barisan pokok mangga atau tanaman lain kita boleh tanam dengan serai...jadi kuranglah sedikit pergantungan kita terhadap satu jenis tanaman sahaja. Bukannya apa, langit tak selalunya cerah kan? Kalau mangga tak menjadi, serai ada. Cuma yang penting, serai tersebut tidak berada dibawah naungan, (tidak mendapat cahaya), kalau nak dibuat di ladang getah atau pun estet, pastikan tidak dibawah naungan. (<60%).
  5. Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar.... untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja...itupun semusim! Betul...percayalah.... Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun...yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo....tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo).
  6. Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko. Kerja pun susah dapat sekarang. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa...boleh... serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Kalau sesak sangat masa tu sebulan sekali. kalau nak tanam terus tinggal sampai musim menuai pun boleh...tapi sendiri mau ingatlah! Nanti semak lagi tinggi dari serai..selak semak baru jumpa serai. (kalau ular tu tak payah cerita la)....Ingat! kalau kerjanya part-time, hasilnya pun 'part-time' la!

Info lagi mengenai projek....Nak mula projek!!

Serai makan

Ikut pengetahuan saya, serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.

1. Serai paha ayam
2. Serai kampung

Kalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.

Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)

Penyediaan kawasan.
Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh...antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh...(kalau modal tak besar)

Buat lining.
Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)
Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)
Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja) Awas balik rumah kena cari tukang urut. Sakit pinggang!


Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung


tanaman serai antara mangga (baru dipangkas daun dengan mesen rumput)

Menanam
Teknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,

Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.
Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.
Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya...tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.


penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)

PENJAGAAN

Pembajaan

Serai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.
Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari...panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.

Kawalan rumpai

Sebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.

Kawalan perosak

Serai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)

Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.

*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.


MENUAI

Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.

Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.
Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je....senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.

KOS

Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.

  1. Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih...apa daaaa)
  2. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
  3. Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
  4. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.
  5. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.

Cash Flow Serai...click dibwh...
http://spreadsheets.google.com/pub?key=pCSQljaWo62g2SeRaSLmhHQ&output=html

Itulah serba sedikit yang saya dapat bantu pada rakan2 yang nak mencuba projek serai ini.

Thursday, August 21, 2008

Sedingin cuaca sekarang

Sokarang cuaca pun agak dingin, sobab tu la forum family ni pun dingin jugak kot....camno isu yg hangat dulu tu.....sonyap jo......jangan jangan sonyap sonyap berisi kot....tup tup jadik.....

Itu lah sokarang ni pun ramai orang poning kopalo tengok suasano kek Malaysia ni....sumpah tu lah sumpah ni lah.....orang ni cakap lain, orang tu cakap lain.....habih sapo yang boto pun, rakyat sobona ee tak tahu.....

menurut firasat den, itulah tanda tanda akan muncul satu kuasa baru yang tidak disangka sangka....semua yang ada sekarang akan tertolak.......so jangan marah ye....itu hanya pendapat den....

musim dingin

Assalamu'alaikum..

sunyi sopi yo blog n email sojak duo monjak ni..yola famili kito ni pun ikut musim gak..kojap paneh..kojap sojuk..kojap musim berbungo..kojap musim kemarau..memang camtula adat ee..dah fitrah manusio..setiap apo yg berlaku tu ado hikmah ee dan Allah sajalah yg Maha Mengetahui..
Hidup kito ni pun tak terlopeh dari dugaan..macam2 dugaan dan cabaran..sumo tu Allah nak dugo kito sejauh mano tahap keimanan dan ketabahan kito..dan kito sebagai hambaNya hondakla selalu mominta ampun dan berdoa agar sentiaso diberi ketonangan dan kesabaran dan seterusnya diberi petunjuk olehNya..

Bercerito tontang senario politik kek Malaysia skg ni pun klo diikut an selalu memang poning kepalo di buek ee..sumo pun dah tahukan..so mintak keputusan pilihanraya kek permatang pauh nanti berpihak pado pihak yg benar dan sekaligus menjadi pembuko jalan kepado pintu keadilan yg dinanti2kan selamo ini..AMIN..

Tu yo la seba sedikit coretan utk blog ni..so sesapo ado yg nak menulis tu atau nak berkongsi apo2 elokla dicoretkan kek sini..buleh asah bakat tu..mano tau buleh jadi blogger tersohor satu hari nanti..hehe..moga kito sekeluargo sentiasa diberkati dan berado di kedudukan yg selamat dan dilindungi olehNya tak kiro di mano kito berado..

wasalam..

Sunday, August 3, 2008

Tahniah ada blog

Tahniah kek Anan ado inisiatif nak buek blog family hjsahat.....baguih tu....sumo maklumat kito buleh masukan kek sini....tokojut ado pulak gambar keto lamo den..huk huk..banyak jaso keto tu...

Friday, August 1, 2008

sapo jomput

sapo jomput mak n apak nanti?

Tahniah dan syabas

Ajun raso blogspot lagi sonang nan..InsyaALLAH dgn adonyo website ni boleh eratkan lagi silaturahim sesama kita..so bulehla sesapo nak update gambar terbaru ko..artikel ko kan..apopun terimo kasih kek anan atas dayo usoho ini dan syabas diucapkan..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...perasmian blog FamilyHjSahat...Welcome!!!